Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Seputeh Teresa hari ini menggesa lebih ramai pihak tampil membantu siasatan dalam isu dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dikasari dan dicabul di balai polis Sri Petaling.

NONE "Saya berharap ada ramai lagi saksi, tampil ke hadapan untuk membantu polis menjalankan penyiasatan," katanya ketika mengiringi pengadu Lim Hui Hui membuat aduan tatatertib di Bukit Aman hari ini.

Lim hari ini membuat mengadu kepada bahagian tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan seorang ibu kepada empat orang anak itu dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.

Selain Teresa, beliau yang ditemani peguam Eric Tan kelihatan memasuki ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.55 pagi ini.

NONE Bercakap kepada media sebelum membuat aduan tersebut, Teresa berkata apa yang dilalui Lim adalah "satu pembulian" terhadapnya.

"Sepatutnya polis mesra rakyat. Tetapi apa yang kita lihat, keganasan dilakukan terhadap seorang mangsa wanita (Lim). Tidak sepatutnya perkara itu berlaku dalam balai polis," katanya.

Lim sebelum ini dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di Balai Polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu.

Lim mendakwa anggota polis wanita yang bertugas di balai berkenaan memintanya kencing dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tanggannya digari ke belakang.

Dakwa payudara dipicit polis

Tambahnya, apabila beliau membangkitkan perkara itu, payudaranya dipicit dan beliau diberitahu ia mesti tetap dibuat.

Selepas pertemuan dengan mangsa dan pembantu ahli parlimen itu sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid dilapor berkata pihaknya akan menyiasat aduan yang dibuat oleh Lim.

NONE Dalam sidang media selepas aduan itu dibuat, peguam Lim berkata pengadu telah memberi keterangan serta butir-butir terperinci berhubung insiden yang menimpanya pada hari tersebut.

Katanya, aduan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib anggota polis yang didakwa melakukan kesalahan terhadap anak guamnya.

"Apa yang telah dilakukan (terhadap mangsa) akan disiasat," katanya selepas lebih dua jam menemani anak guamnya memberikan keterangan.

Eric berkata pegawai bahagian tatatertib ASP Karishna Sharma memberitahunya, aduan pengadu akan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Urusetia Bahagian Tatatertib Datuk Hashim Abdul Jalil.

Lim yang ditemui juga menyatakan keyakinan bahawa polis akan menyiasat aduan mereka.

ADS