Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar menyifatkan pendedahan oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff sebagai dakwaan lama.

Katanya, beliau tidak menerima laporan baru berhubung dakwaan tersebut.

Ditanya pemberita berhubung isu Copgate itu dalam satu sidang media hari ini, Ismail berkata isu lama itu telah telah diselesaikan.

Katanya, bukan saja Ramli malah ramai pihak tampil membuat dakwaan namun perkara itu mesti bersandarkan fakta dan bukti.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ramli bahawa bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dilindungi oleh seorang tokoh dari dunia jenayah.

Ramli juga mendakwa bahawa Musa dan juga peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta Badan Pencegah Rasuah pada masa itu telah menganiaya orang-orangnya.

Ramli juga mendakwa bahawa tokoh berkenaan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, telah mempengaruhi Musa berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

[Baca berita penuh]

ADS