Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jauhi Dataran, gesa pemimpin MCA WP
Diterbitkan:  Apr 13, 2012 10:26 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng menggesa penganjur supaya membatalkan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana didakwa menjejas hak rakyat Malaysia yang lain.

Chiew juga menggesa gabungan Himpunan Hijau untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada hari itu.

Chiew memberi amaran bahawa perhimpunan itu akan menjejaskan aliran trafik dan memberi masalah kepada penduduk kota Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan semalam, Chiew berkata perarakan itu tidak perlu diadakan sekiranya penganjur bertegas untuk berhimpun.

“Tiada masalah akan timbul jika ada kompromi dalam soal lokasi, jadi mengapa mereka terus timbulkan perkara ini?"

Chiew berkata penganjur perhimpunan tersebut, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) perlu memfokuskan kepada pilihan raya bersih dan adil, dan bukannya untuk menjadikan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.

Katanya lagi, Dataran Merdeka tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan kerana tidak disenaraikan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Malah, dataran di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur itu juga signifikan dari segi sejarah, katanya lagi.

Beliau turut mengesyaki bahawa perhimpunan itu akan digunakan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pentas politik dan juga untuk meraih undi dalam pilihan raya akan datang.

ADS