Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak tidak mempunyai dana peribadi yang mencukupi untuk membayar denda RM50 juta bagi membolehkannya pulang ke rumah, kata peguamnya Shafee Abdullah.

Pada masa sama, Najib juga keberatan untuk membenarkan parti politiknya mengumpulkan dana awam bagi membayar jumlah berkenaan, menurut Shafee.

Shafee berkata Najib sememangnya tidak mampu membayar RM50 juta itu kerana akaun banknya masih dibekukan berhubung kes-kes jenayah yang dihadapinya.

Katanya, sebahagian besar daripada RM2.6 bilion yang diterima Najib sebelum ini juga telah dipulangkan kepada pihak yang menghantarnya.

Peguam kanan pasukan pembelaan itu berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini.

Shafee turut menyindir mereka yang mungkin mempersoalkan ke mana perginya berbilion ringgit berkenaan.

Menurutnya, pihak yang mempersoalkan perkara itu mungkin tidak mengikuti perkembangan kes-kes Najib.

Najib kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan dalam kes berkaitan SRC International.

[Berita penuh menyusul]