Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nizar disiasat berhubung isu bidaan WWW1
Diterbitkan:  May 30, 2012 12:54 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam Twitter berhubung bidaan sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1.

Ketua Polis Negeri Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan sebuah pasukan petugas telah ditubuhkan dan sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Hasutan lapor Star Online.

azlan Sementara itu, Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi:  "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".

Ahbar Sinar Harian pula melaporkan Nizar berkata apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar berkenaan.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dilaporkan berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” tambahnya

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.

ADS