Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menggesa Sultan Perak menarik balik gelaran yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ekoran kenyataan bekas menteri besar itu berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.

Katanya, Nizar juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menarik balik kenyataannya berhubung Sultan Johor yang memenangi bidaan untuk nombor WWW1 dengan nilai RM520,000 itu.

NONE "Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas.

"Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.

"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.

Ibrahim dengan nada sinis turut menyarankan Nizar supaya berubat kerana didakwa "tidak berapa sihat" sehingga membuat "tuduhan melulu" seperti itu.

"Dia tak berapa sihat. Minta dia pergi berubat ke. Sebelum ini, dia ada tuduh perdana menteri jumpa angkatan tentera," kata Ibrahim sambil ketawa.

Mohammad Nizar hari ini memohon maaf atas tulisannya di Twitter  yang menyatakan bahawa jumlah wang itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Tulisan berkenaan kini dalam siasatan polis.

 

ADS