Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siswa ditahan di program dialog dengan PM
Diterbitkan:  Jun 24, 2012 6:14 PM
Dikemaskini: Jun 25, 2012 1:44 AM

Seorang siswa Universiti Malaysia ditahan untuk siatatan polis hari ini sebelum satu program dialog antara pelajar dan perdana menteri diadakan di kampus tersebut.

Koh Cher Hao, seorang siswa jurusan sains sukan, didekati polis berpakaian preman ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor.

Kataya, polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka dan kemudian meminta beliau mengikuti mereka keluar.

Apabila keluar daripada dewan tersebut, pelajar itu bertanya kepada polis berkenaan sama ada beliau ditahan dan polis berkata beliau akan tahu apabila tiba di balai polis, katanya.

Koh dibawa ke balai polis Pantai di mana beliau disiasatan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah.

MP Serdang Teo Nie Ching yang bergegas ke balai polis untuk memberi bantuan guaman mengutuk tindakan polis atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

“Kesalahan boleh tangkap termasuk pembunuhan, culik, rogol, kecurian atau pecah rumah. Apabila saya tanya polis, apakah kesalahan boleh tangkap di sini, mereka tidak boleh jawab.

"Jawapannya, 'ikut arahan (daripada) atas'. Jelasnya bahawa mereka menyalahgunakan kuasa untuk menakut-nakutkan pelajar," kata peguam itu.

[Baca berita penuh]

ADS