Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiada apa-apa yang luar biasa dalam penganugerahan projek kerja-kerja sambungan LRT Laluan Ampang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menegaskan demikian dalam maklum balasnya terhadap dakwaan PKR yang beliau campurtangan dalam anugerah  projek bernilai lebih RM1 bilion itu.

"Semuanya dilakukan menurut aturan, tiada apa-apa yang tidak kena," tegas Najib ringkas.

Beliau ditanya mengenai dakwaan tersebut dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di ibunegara malam ini.

Semalam, PKR menerusi Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa Najib ampurtangan dalam projek yang pada asalnya dianugerahkan kepada alfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour).

PKR mendakwa mempunyai dokumen minit mesyuarat Kementerian

Kewangan bertarikh 22 Januari yang menunjukkan Najib menandatangani minit itu yang mengesahkan projek berkenaan dianugerahkan kepada Balfour.

Namun, dakwa Rafizi, dengan campurtangan Najib projek itu kemudiannya ianugerahkan kepada George Kent Bhd.

Rafizi berjanji akan mendedahkan dokumen untuk menyokong dakwaan ampurtangan Najib itu tidak lama lagi.

ADS