Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menyiasat satu produksi teater bertajuk 'Beng Hock' - yang menceritakan kematian tragik setiausaha politik Teoh Beng Hock - yang dijadual dipersembahkan hujung minggu ini.

Faisal Mustaffa-  produser teater tersebut - berkata beliau menerima panggilan dari pihak polis pada hari Selasa meminta beliau hadir di balai polis Jinjang.

pkr declare minister asset pc 240308 faisal mustaffa Beliau berkata, ia tidak nampak seperti siasatan rasmi kerana kenyataannya tidak direkodkan secara bertulis semasa pertemuannya dengan pihak polis. Beliau, antara lain, diminta menyerahkan sinopsis teater tersebut.

Faisal, yang mengendalikan Rumah Anak Teater (RAT), berkata beliau tidak menjangka pihak berkuasa akan menghalang persembahan teater tersebut.

"Produksi tersebut tidak memerlukan permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana kita tidak mengenakan bayaran tiket.

"Juga, kita tidak memerlukan permit polis kerana ia diadakan di tempat milik persendirian," katanya.

Faisal berkata pihak berkuasa, yang boleh datang menontonnya sendiri, tidak perlu cemas tentang teater itu kerana ia tidak bersifat politik.

Katanya, teater itu akan memaparkan misteri yang menyelubungi kematian Teoh dan untuk mewujudkan kesedaran awam bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.

[Baca berita penuh]

ADS