Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

EKSKLUSIF Satu siasatan dalaman Perbendaharaan Selangor menemui pelbagai ketidakaturan dalam perolehan barang dan perkhidmatan untuk Karnival Terima Kasih Rakyat, karnival politik dalam bulan Mac untuk meraikan ulang tahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Karnival berkenaan melibatkan 15 pembekal dengan lebih RM1 juta barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan.

NONE Kebanyakan bayaran kepada pembekal ditangguhkan buat sementara selepas dinasihati perbendaharaan negeri. Bagaimanapun, sehingga semalam, pembekal masih lagi beratur di bangunan kerajaan negeri merayu untuk mendapatkan bayaran yang tertangguh.

Ketidakaturan dalam proses itu termasuk ketiadaan sebut harga kelulusan bagi perolehan barangan dan perkhidmatan melebihi RM50,000, pembekal gagal mendaftar dengan perbendaharaan negeri dan persekutuan, dan pembekal membekalkan barangan dan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam bidang perniagaan seperti didaftarkan.

Bagaimanapun, penyelaras karnival itu, Ronnie Liu yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, kajian dan pembangunan negeri, menafikan sebarang ketidakaturan dan mendakwanya hanya "salah faham".

[Baca berita penuh]

ADS