Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan muzik global gesa pulau Philharmonic
Diterbitkan:  Aug 1, 2012 8:41 PM
Dikemaskini: 12:46 PM

Kumpulan pemuzik antarabangsa mendesak pemboikotan global terhadap perekrutan oleh Orkestra Philharmonic Malaysia (MPO) atas alasan simfoni itu menggugurkan sembilan anggotanya tanpa sebab.

Persekutuan Pemuzik Antarabangsa (IFM) yang berpangkalan di Paris menulis di laman webnya dengan kritikan keras terhadap tindakan itu, langkah yang jarang dilakukan, lapor AFP .

Menurut IFM, ketua eksekutif baru MPO Nor Raina Yong Abdullah dalam langkah mengurangkan kos mengeluarkan notis berkaitan kepada sembilan pemuzik, termasuk empat anggota pengasas orkestra itu.

Dalam kenyataan pada Isnin, persekutuan itu berkata, pemecatan itu "tiada sebab.. dan memusnahkan kehidupan mereka".

"CEO ini, yang sama sekali tiada latar belakang muzik, tidak pernah bercakap secara bersemuka dengan seorang pun daripada pemuzik yang dipecat itu," menurut kenyataan itu.

Badan itu juga menggesa pemuzik di seluruh dunia memulaukan MPO, bermula dengan uji bakat yang dijadual pada 12 Oktober di New York.

AFP masih belum dapat menghubungi pihak orkestra untuk mendapatkan komennya.

[Baca berita penuh]

ADS