Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan
Diterbitkan:  Aug 28, 2012 7:47 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

NONE Sasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

NONE Khabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati.

[Baca berita penuh]

ADS