Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang Ng Wei Aik hari ini menyerahkan surat tawaran untuk jualan sebidang tanah di Taman Manggis kepada BN negeri, yang telah menyatakan hasratnya untuk membeli tanah tersebut untuk membina perumahan awam.

NONE Ng ( kanan ) dan beberapa ahli DAP menyerahkan surat rasmi

kepada pusat operasi BN di Dato 'Keramat pada pukul 11 pagi.

Surat tersebut telah diterima oleh setiausaha urusetia BN negeri, Hassan Din dan penolong setiausaha jawatankuasa kerja, Noorshah Osman bagi pihak parti itu.

Mereka beramah mesra antara satu sama lain dan kemudian bergamba bersama sambil tersenyum lebar.

Hassan berkata beliau akan menyerahkan surat itu - yang dialamatkan kepada Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow - untuk tindakan lanjut tetapi enggan  mengulas apabila ditanya mengenai aduan Ng sebelum ini bahawa beliau tidak dapat untuk mendapatkan nombor telefon sebenar parti itu.

[Baca berita penuh]

ADS