Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan bahawa pilihan raya di kedua-dua universiti berkenaan akan diadakan serentak pada 25 September – hanya beberapa minggu selepas kemasukan siswa baru ke kampus tersebut.

Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan bahawa pilihan raya di kedua-dua universiti berkenaan akan diadakan serentak pada 25 September – hanya beberapa minggu selepas kemasukan siswa baru ke kampus tersebut.

NONE Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada universiti awam lain juga akan mengadakan pilihan raya pada tempoh sama.

Seorang pemimpin pelajar Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul (kanan) berkata, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada kampus lain.

“Tetapi daripada maklumat yang kami perolehi, ia mungkin tidak dijalankan serentak pada 25 September. Ada yang jalankan pada September dan yang lain akan dijalankan pada akhir Oktober,” katanya.

Satu notis yang dimuatkan di laman jabatan hal ehwal pelajar UPM menyebut, naib canselor universiti itu menetapkan tarikh 13 September untuk penamaan calon dan 25 September untuk membuang undi.

NONE Ini menunjukkan bahawa hari penamaan calon UPM berlangsung seminggu sebelum minggu orientasi, yang diadakan serentak bagi pengambilan baru di semua universiti awam.

Sementara itu, pihak berkuasa kampus UM juga telah mengeluarkan pengumuman sama.

Taufiq ketika dihubungi Malaysiakini semalam berkata, beliau bimbang jika pihak berkuasa universiti tidak bersedia untuk mengendalikan pilihan raya dalam situasi seperti itu.

Selain minggu orientasi pelajar, kesemua kampus juga dijangka mengadakan majlis konvokesyen pada bulan Oktober – yang bermakna pihak berkuasa kampus perlu mengendalikan tiga acara penting dalam tempoh dua bulan depan.

Taufiq berkata, beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan pilihan raya siswa menjadi kelam kabut.

[Baca berita penuh]

ADS