Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid Hamidi: Ikut jeneral, baru menang
Diterbitkan:  Sep 8, 2012 3:26 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Anggota Umno perlu mengikis sikap suka merajuk kerana ia hanya akan mewujudkan kem tertentu dalam parti sekali gus melemahkan parti, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata budaya merajuk hanya kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajati telah banyak memudaratkan parti seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas yang menyaksikan Umno kehilangan banyak kerusi.

NONE "Ada anggota parti yang merajuk kerana tidak puas hati dengan calon tertentu yang dipilih oleh kepimpinan parti... jangan kerana guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Yang tersingkir seketika, kuatkan semangat demi maruah dan kekuatan parti serta kepercayaan pengundi.

"Kesetiaaan kepada parti adalah penting terutama dalam mengukuhkan sokongan terhadap parti di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Labuan malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam memastikan kemenangan dalam setiap pilihan raya umum, strategi peperangan masih relevan dengan mengenalpasti musuh serta lawan.

"Kita harus mengikut arahan jeneral. Dalam peperangan apabila kita mendapat arahan, kita harus ikut, barulah kita boleh menang," katanya.

- Bernama

ADS