Harga saham FGV kembali melonjak

Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini kembali melonjak selepas jatuh ke tahap RM4.57 – hanya dua sen lebih tinggi daripada harga tawarannya pada RM4.55.

Ia ditutup pada harga RM4.73 petang ini, lima sen lebih tinggi daripada harga RM4.68 sen ketika kaunter ditutup semalam.

Harga saham FGV menyaksikan trend penurunan sejak pertengahan Julai lalu dan berlegar di sekitar paras RM5 sejak sebulan lalu.

Trend ini berterusan walaupun dengan dana baru daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ke dalam FGV yang meningkatkan pegangannya daripada 5.4 peratus sejak seminggu lalu kepada 6.98 peratus.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 pada 4 September dan trend itu berterusan sehingga hari ini.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.