Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Iklan isu air bagai filem 'Wag the Dog', kata exco
Diterbitkan:  Sep 24, 2012 6:07 PM
Dikemaskini: 1:22 PM

Exco kerajaan Selangor Xavier Jayakumar berkata penggambaran iklan video untuk menunjukkan krisis air satu kawasan pangsapuri di Petaling Jaya tidak ubah seperti usaha mengada-adakan isu dalam filem popular Wag the Dog .

"Saya fikir ini adalah langkah terdesak oleh sekumpulan individu yang kehilangan kesemuanya dan tiada tahu apa yang hendak dilakukan.

NONE "Mereka malah membuat filem mengenai perkara yang tidak berlaku, seperti dalam filem Wag the Dog ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau merujuk kepada filem terbitan tahun 1997 yang menggambarkan usaha untuk menunjukkan peperangan yang berlaku di Albania untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pilihan raya dan skandal seks yang dihadapi presiden Amerika Syarikat.

Xavier berkata, beliau terperanjat dan sedih dengan pembikinan iklan tersebut dan mengesyaki BN bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berikrar untuk merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat "walau dengan apa cara sekalipun".

"Sesiapa yang melakukan perkara ini berkemungkinan besar berbuat demikian untuk BN atau NGO pro-BN," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS