Peguam Negara mohon menghadap Agong
Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menjelaskan pertikaian berhubung perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak.
Permohonan menghadap itu dibuat susulan penangguhan sementara pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib semalam selepas bekas presiden Umno itu membayar denda RM50 juta.
Sebaliknya, Najib dihantar semula ke penjara beberapa jam selepas dibawa keluar.
Insiden berkenaan mencetuskan pertikaian antara peguam Najib, penyokongnya dalam Umno dan AGC.
Petang ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib boleh dianggap sebagai ingkar terhadap titah seri paduka baginda untuk memberikan pengampunan bersyarat itu.
/file/attachments/orphans/SultanIbrahimSultanIskandar2_600268.jpg)
Beberapa jam selepas titah Agong itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan kenyataan bahawa AGC akan memohon menghadap seri paduka baginda bagi menjelaskan persoalan undang-undang yang timbul susulan perintah pelepasan Mahkamah Tinggi semalam.
"Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB," katanya.
Sementara itu ,Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Shah Alam hari ini berkata dia telah meminta Mohd Dusuki untuk menghadap Agong.
"Saya telah meminta Peguam Negara supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menjelaskan dengan penuh hormat mengapa keputusan itu diterima dalam kes SRC, tetapi terdapat kerumitan kerana ia turut melibatkan kes kedua, iaitu kes 1MDB."
Dua implikasi undang-undang
Terdahulu hari ini, AGC menafikan ingkar terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sebaliknya, AGC berkata perintah pelepasan Mahkamah Tinggi mempunyai dua implikasi undang-undang berbeza berhubung hukuman yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu.
/file/attachments/orphans/najibrazak1_740838.png)
Menurut kenyataan itu, sekiranya hukuman dalam kes SRC International masih berkuat kuasa, tidak timbul persoalan mengenai pelaksanaan baki hukuman tersebut selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat.
"Sebaliknya, sekiranya hukuman SRC International telah selesai dari segi undang-undang, maka perlu ditentukan kesannya terhadap permulaan hukuman dalam kes 1MDB.
"Kedua-dua kemungkinan ini mempunyai implikasi undang-undang yang berbeza dan tidak sewajarnya diputuskan berdasarkan andaian atau tafsiran sebelah pihak," kata AGC
AGC turut menolak gambaran bahawa tindakan mendapatkan penjelasan undang-undang berkenaan merupakan suatu percubaan untuk mengambil alih atau melaksanakan kuasa pengampunan seri paduka baginda.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/MohdDusukiMokhtar20261006_691083.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.