Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah benar Kelantan timbulkan persoalan undang-undang

Mahkamah Persekutuan membenarkan kerajaan Kelantan menimbulkan beberapa persoalan undang-undang berhubung tuntutan pembayaran royalti minyak daripada Petronas dan kerajaan persekutuan.

NONE Oleh kerana tiada bantahan, lima panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif membenarkan permohonan itu.

Anggota panel lain termasuk Hakim Ahmad Maarop, Zainun Ali, Sulong Matjeraie dan Jeffrey Tan Kok Wha.

Kerajaan Kelantan diwakili oleh Tommy Thomas manakala Petronas diwakili oleh Cecil Abraham dan Rishwant Singh.

Azizah Nawawi, ketua bahawa sivil di Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS