Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'SPRM buka 6 kertas siasatan ke atas ketua negeri'

Seorang anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahudin Ayub berkata suruhanjaya itu sebelum ini membuka sebanyak enam kertas siasatan ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.

NONE Namun, pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009, katanya tanpa menamakan individu tersebut.

MP Kubang Kerian itu berkata, kelemahan dalam peruntukan tersebut antaranya menyebabkan mahkamah tidak menerima kes pengakuan berkaitan rasuah tanpa bukti sokongan, seperti yang dilaksanakan di Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura.

MP PAS itu berkata, kelemahan itu melibatkan peruntukan dalam Seksyen 23 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.

"Kes rasuah ini, berlaku satu sama satu. Kita tak ada beri rasuah di tengah jalan atau diiklankan. Tetapi kelemahan undang-undang (seksyen) 23 dan 50 ialah mahkamah tidak menerima kes pengakuan tidak seperti Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura. 

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini

"...sebab itu dalam kes rasuah ia memerlukan pengesahan ( corroboration ), tidak boleh mengaku sahaja... Sebab itu, kita mahu (peruntukan itu) dilihat semula," kata naib presiden PAS itu lagi dalam satu sidang media di banguna Parlimen hari ini.

SPRM pada tahun lalu mengakui sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada Mei lalu, suruhanjaya itu menyatakan bahawa siasatan berhubung dakwaan rasuah itu masih belum diselesaikan.

ADS