Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok

Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia,  Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.

Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat.

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 01Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa.

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya.

"Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu.

"Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok."

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 02Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya.

Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.

"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.

Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata  perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.