Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis proroyalti Kelantan dakwa diugut dicederakan

Aktivis proroyalti minyak Kelantan Mohd Zulhazmi Hassan membuat laporan polis mendakwa beliau diugut untuk dicederakan oleh seorang lelaki di Internet.

Beliau yang bergiat sebagai ahli jawatankuasanya Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) itu tampil membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa semalam.

NONE Dalam laporan polisnya, Mohd Zulhazmi mendakwa, ugutan itu dibuat seorang lelaki menggunakan nama "Rahim Bakar" dalam Kumpulan Facebook "PASni Umno".

Menurut Mohd Zulhazmi, ugutan bertulis berbunyi: " Aku jupo Jeming nieh, aku tinboot sakat nok. " (Aku jumpa Jeming [Zulhazmi] ini, aku tumbuk semahu-mahunya.)

Mohd Zulhazmi juga berkata, lelaki itu secara spesifiknya mahu mencederakannya di Shah Alam sempena perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan-Selangor pada 12 Oktober ini.

Dalam laporan polisnya, beliau juga mengesyaki kumpulan Facebook itu dikendalikan oleh pemimpin kumpulan anti-PAS Kelantan.

B NONE eliau mendakwa, perkara sama pernah berlaku pada aktivis lain ROYALTI, termasuk setiausahanya Mohd Hisyamuddin Ghazali sendiri.

ROYALTI adalah sebuah gabungan NGO yang mengumpulkan beberapa kelompok antaranya profesional, aktivis NGO, rakyat marhean, mahasiswa serta badan-badan nasional dan antarabangsa.

Ia bagi mencapai tujuan tuntutan royalti mengikut Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Hak Pendaratan Minyak & Gas ke Kelantan.

Mereka menjalan pelbagai aktiviti termasuk konvoi, ceramah dan pengedaran risalah berhubung tuntutan mereka itu.

 

ADS