Isu data peminjam PTPTN di sebalik hutang menggunung

EKSKLUSIF Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.

Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak lagi dapat dijejaki.

Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.

Sejumlah RM7.83 bilion yang diagihkan kepada 1.14 juta pelajar sehingga 31 Ogos 2012 masih belum diperolehi semula, manakala kadar bayaran semula pada tahap 49 peratus.

Perkara itu berterusan walaupun selepas anak syarikat Kementerian Kewangan, Prokhas Sdn Bhd disingkirkan pada 2010, ekoran laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan kegagalan membangun sistem bagi mendapatkan semula bayaran hutang selepas dibayar RM1.5 juta.

Sistem tersebut menyebabkan PTPTN terpaksa menggunakan semula sistem Elmas, yang diputuskan tidak memuaskan pada 2006.

Susulan itu, PTPTN perlu membayar pembangun Elmas, Paradigm Systems Sdn Bhd, sejumlah RM26 juta lagi untuk membuat semula kerja terbabit.

Ketua pegawai eksekutif PTPTN Agos Cholan keberatan untuk mengesahkan jumlah tersebut dan memberi alasan ia merupakan kes sensitif.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.