Menteri: Harga kamera had laju polis RM23.5j

Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga lebih RM23.5 juta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kamera perangkap had laju itu berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu.

azlanDalam jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera itu dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis – model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit, kata Hisham dalam jawapan bertulisnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop sebelum ini dilaporkan berkata sistem kamera perangkap had laju PDRM masih diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan di jalan raya.

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem itu walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.