Anwar: Umno wajar desak Zam, Utusan mohon maaf

Umno digesa mendesak Utusan Malaysia dan Tan Sri Zainucdin Maidin memohon maaf secara terbuka ekoran tulisan bekas menteri penerangan itu dalam akhbar milik parti itu, yang mengandungi kecaman terhadap beberapa pemimpin Indonesia.

Dalam satu siaran akhbar hari ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata serangan biadap Zainuddin ke atas bekas Presiden BJ Habibie kini merebak pula kepada seorang lagi bekas presiden republik itu, Gus Dur, dan reformis terkenal, Amien Rais.
 
Anwar turut menggesa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim supaya mengambil tindakan.
 
"Rais sewajarnya tidak berdolak-dalik dan memberi alasan lagi, memandangkan perancangan biadap menghina tokok pimpinan Indonesia ini disiarkan dalam Utusan Malaysia, sebuah media yang diketahui dimiliki oleh Umno.
 
"Justeru, apakah tidak wajar untuk pemimpin Umno untuk mendesak Zainuddin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka?

"Saya percaya dan yakin bahawa kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut.
 
Pada 10 Disember lalu, Utusan Malaysia telah menerbitkan satu artikel yang ditulis oleh Zainuddin, yang mempersendakan Anwar kerana menjemput Habibie menyampaikan kuliah di Universiti Selangor pada 6 Disember.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.