Bekas penyanyi dituduh rogol anak tiri

Bernama        

Seorang bekas penyanyi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun bulan Februari lepas. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Dalina Ali tidak menawarkan jamin terhadap tertuduh.

Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh tidak mengganggu atau berbincang dengan mangsa dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.    

Hakim menetapkan 25 Jan depan sebagai tarikh sebutan kes.

- Bernama 

 

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In