Veteran mahu lembaga Boustead sekat urusniaga LTAT

Sekumpulan veteran angkatan tentera hari ini menggesa rakan-rakan mereka dalam lembaga pengarah Boustead Holdings Berhad untuk menghalang urusniaga tanah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan pemimpin Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

"Adakah jeneral dalam lembaga pengarah hanya pak turut, yang hanya menganggukkan kepala?," soal brigadier jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab.

Abdul Hadi (kanan) yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, urusniaga tanah itu menyaksikan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan sebanyak RM130 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah yang menjejaskan anggota tentra dan veteran yang mencarum kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

LTAT menguasai dan melabur dengan banyak dalam Boustead, katanya.

"Mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara sekiranya urusniaga itu menjejaskan anggota tentera yang menyumbang kepada LTAT," kata Abdul Hadi.

[Baca berita penuh]


 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.