'Pengurusan stadium tak endah wakil Pakatan'

Pengurusan Stadium Merdeka hari ini tidak mengendahkan wakil Pakatan Rakyat yang tiba ke pejabat mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi menggunakan stadium berkenaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.

NONESetiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri sekali) yang mengetuai delegasi ke pejabat pengurusan tersebut di Kuala Lumpur berkata Pakatan cuba mendapatkan kebenaran tersebut sejak dua minggu lalu namun tidak berjaya.

Katanya, sekretariat himpunan berkenaan mengutus surat kepada Tabung Amanah Warisan Merdeka pada 26 Disember tahun lalu untuk menggunakan stadium berkenaan, selain membuat panggilan telefon.

Delegasi berkenaan hadir ke pejabat berkenaan hari ini memandangkan mereka tidak mendapat apa-apa jawapan daripada permohonan tersebut.

Bagaimanapun, ketibaan mereka disambut pengawal keselamatan yang menghalang mereka daripada bertemu pengurusan berkenaan yang didakwa "sedang bermesyuarat".

Kecewa selepas menunggu lebih sejam, setiausaha AMK Julailey Jemadi kemudiannya memberitahu pemberita bahaw beliau kecewa dengan pengurusan berkenaan.

"Menyedihkan kerana layanan mereka tidak mencerminkan budaya Malaysia," katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.