Tiga maut, empat cedera kilang sawit di T'ganu meletup

Tiga pekerja termasuk seorang penyelia ilang memproses kelapa sawit milik sebuah syarikat perladangan terkemuka di
Hulu Terengganu maut dalam satu letupan di bahagian memasak buah sawit pada kira-kira jam 7.45 malam ini.    

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Ismail Muslim, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mangsa yang maut ialah Azmi Abdullah, 57, seorang penyelia dari Manir manakala dua lagi warga Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 30, dan Sanjib Kumar Pasman, 26.  

"Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah daripada satu letupan di salah satu mesin mengukus buah kelapa sawit di kilang itu," katanya  

Beliau berkata mangsa yang kritikal ialah Mohd Razlan Mokhtar, 25, dari Kuala Berang manakala mereka yang cedera ringan adalah Ahmmed Ali, 39, Rezuyam Marom Ali, 45, dari Bangladesh serta Sabad Yedan, 44, dari Nepal.   

Katanya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.

- Bernama

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.