Saham FGV kembali susut bawah harga IPO

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 hari ini, jauh di bawah harga tawarannya, ketika kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

Harga saham FGV jatuh ke paras bawah harga tawaran RM4.55 hari ini dan terus turun ke paras RM4.52 pada tengahari dan seterusnya merosot ke paras RM4.36 sebelum ditutup pada harga RM4.42.

Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember.

Menurut Bloomberg, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut-turut dengan penurunan sehingga 2.3 peratus – penurunan paling besar sejak 26 September 2011.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.