Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menjelaskan alasan PAS untuk mengekalkan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli parti, walau menggugurkan keanggotaan bekas timbalan presiden itu dalam Majlis Syura Ulama parti itu.

Menurutnya, PAS mempunyai alasan tersendiri dalam membuat keputusan seperti itu dan parti itu juga tidak berhak untuk menjelaskan perkara tersebut kepada umum.

"Itu terpulang kepada penilaian kita, tak berhak kita dedah pada orang lain penilaian kita," katanya pada sidang media selepas majlis Himpunan Perdana Ummah bersama PAS tengahari tadi.

Hadi juga menegaskan Nasharuddin masih ahli PAS dan tiada percanggahan di antara kenyataan beliau dan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini.

"Semua (kenyataan itu) betul, (beliau) masih ahli. Bercerai pun (ada yang) bercerai talak satu, talak dua dan talak tiga," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian apabila ditanya mengenai kekeliruan yang timbul apabila Nik Aziz mengumpamakan pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura sebagai penceraian.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata sama ada Nasharuddin digugurkan keahliannya atau tidak, jika ia berlaku, ia bukanlah kali pertama ia berlaku dalam parti itu.

Dengan memberi contoh, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang pernah dipecat daripada parti pada satu masa dahulu.

"Setiausaha agung PAS pernah dipecat. Sekitar 70-an kita pecat dia, tahun 80-an, dia masuk balik (parti)," kata Hadi dan diiyakan Mustafa yang hadir dalam sidang media itu.

Abdul Hadi bagaimanapun kini mahu memberikan tumpuan utama untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan kurang berminat untuk terus membicarakan kedudukan Nasharuddin.

"Saya sekarang ini hendak berdepan BN dalam pilihan raya.

"Sekarang ini nak pilihan raya, tak boleh saya nak hadap kenyataan-kenyataan lain (sahaja)," katanya.

 

ADS