Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR dakwa Liow cuba sabotaj bedah siasat kedua
Diterbitkan:  Feb 7, 2013 2:24 PM
Dikemaskini: Feb 8, 2013 2:30 AM

PKR menghentam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dengan mendakwa beliau cuba mensabotaj bedah siasat kedua ke atas C Sugumar, yang didakwa dipukul mati oleh polis pada akhir bulan lepas.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Presiden PKR, N Surendran

berkata, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) enggan melakukan bedah siasat kerana tiada arahan bertulis dari pihak polis untuk berbuat demikian.

Katanya, Liow (atas) sebagai wakil kabinet dan kerajaan, telah meletakkan halangan lanjut untuk bedah siasat kedua dilakukan dengan bertegas bahawa kelulusan itu mesti datang dari pihak polis.

Ini, tegas Surendran, adalah mengejutkan, mengecewakan dan terang-terangan cubaan mensabotaj bedah siasat kedua dilakukan.

Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris The Star, Liow berkata pihak kementerian hanya boleh bertindak sebagai fasilitator dan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan bedah siasat dilakukan.

NONE Sambil menyangkal kenyataan Liow itu, Surendran (kanan) berkata Kementerian Kesihatan mempunyai kuasa untuk mengarahkan hospital milik kerajaan melakukan bedah siasat.

Katanya, tidak ada keperluan undang-undang bahawa mesti ada arahan polis (yang diberikan) kepada pihak hospital sebelum bedah siasat kedua boleh dilakukan.

Walaupun semalam kementerian bersetuju untuk membantu membawa pakar patologi tersohor dari Thailand, Dr Porntip Rajanasunand untuk menjalankan autopsi, tetapi Surendran masih meraguinya ekoran perkembangan terbaru itu.

Oleh itu, beliau menggesa perdana menteri dan kementerian berkenaan supaya menghapuskan sebarang halangan yang akan menghalang autopsi dilakukan oleh Porntip.

ADS