Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis P Pinang sahkan ada cubaan ancam nyawa Psy

Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau Pinang pada kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut.

Ekoran itu, pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau beredar, katanya kepada Malaysiakini .

"Anda tahu bila dia berangkat meninggalkan Pulau Pinag? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu," katanya lagi.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20 jam dari Brazil.

Abdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.

Teng mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara menggaul yee sang .

[Baca berita penuh]

ADS