LGE tuntut bukti ancaman terhadap keselamatan PM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu BN menjelaskan cubaan ancaman terhadap keselamatan perdana menteri, kerana ini menjejaskan secara serius imej kerajaan negeri.

NONE"Sehingga kini, Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow tidak menarik
balik kenyataan beliau mengenai ancaman keselamatan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Lim (kiri) dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Keselamatan PM sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai ketua menteri Pulau Pinang, saya belum dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya.

"Malah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi tidak memberitahu saya tentang perkara ini. Jelas sekali, Teng mengarut, dan tidak bercakap benar bila beliau berkata nyawa PM diancam. "

Lim merujuk kepada laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily kelmarin, yang memetik Teng sebagai berkata terdapat satu cubaan terhadap keselamatan Najib semasa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.

Teng telah memberitahu akhbar tersebut bahawa Cawangan Khas polis menasihatkan Najib supaya beredar dari pentas lebih awal, semasa beliau menunggu artis sensasi Korea Selatan, Psy untuk mengaul yee sang bersamanya dan pemimpin BN lain di atas pentas.

teng chang yeow gerakan secretary generalSin Chew Daily juga memetik Teng (kiri) sebagai berkata bahawa
penyokong Pakatan Rakyat tertentu cuba mensabotaj majlis tersebut.

"Apabila perdana menteri beredar, seseorang melempar satu bungkus nasi ke penjuru pentas.

"Apabila anak perdana menteri, 'Jiping', hendak masuk ke dalam kereta, seseorang menyimbah satu botol air mineral, menyebabkan dia basah," Teng dipetik sebagai berkata dalam Sin Chew Daily.

Pada mulanya, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah disalahlapor oleh Sin Chew Daily. Bagaimanapun, Teng kemudiannya menarik balik kenyataannya itu, dengan mengatakan dia 'tersilap dengar' soalan wartawan berkenaan.

Lim berkata Teng mesti menarik balik kenyataannya  yang "tidak bertanggungjawab" itu kerana sebagai pengerusi BN Pulau Pinang, beliau telah memberikan tanggapan buruk kepada negeri itu.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.