Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keganasan di ceramah Bukit Katil, lelaki ditahan reman

Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan pada ceramah di Bukit Katil malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata lelaki itu ditahan sehingga 11 Mac ini dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

NONE Dalam kejadian semalam, dua anggota polis juga telah dirawat selaku pesakit luar di Hospital Melaka selepas tercedera akibat dilontar dengan objek keras, katanya.

Menurutnya, beliau berkata ceramah Umno dan PKR yang diadakan berhampiran malam tadi, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurutnya, penganjur gagal memaklumkan kepada polis tentang rancangan untuk mengadakan ceramah itu sepuluh hari sebelum ia berlangsung.

"Kedua-dua pihak tidak ikut Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila mereka gagal memaklumkan polis tentang rancangan mengadakan ceramah," katanya.

Tambahnya, provokasi juga berlaku di antara kedua-dua penyokong parti namun keadaan kembali tenteram apabila polis mengarahkan ceramah dihentikan.

Sehingga kini, katanya, polis telah menerima dua laporan berhubung insiden semalam.

Satu laporan dibuat oleh pemandu bas kempen 'Jelajah Merdeka' PKR yang dibaling batu dan satu lagi laporan dibuat oleh polis sendiri berhubung kecederaan yang dialami dua anggotanya, kata Salehhudin.

1. Lagi ceramah Pakatan diganggu malam tadi

ADS