Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR tidak bimbang mengenai kemungkinan e-mel mereka dipintas oleh kerajaan, seperti dakwaan yang tersebar luas di Internet, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Bagaimanapun, katanya, tindakan yang didakwa melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu harus tetap dikecam kerana agensi kerajaan, termasuk pasukan keselamatan sepatutnya menjaga keamanan dan bukan merisik aktiviti pembangkang.

NONE "Tak ada apa-apa yang kita takutkan kerana kandungan emel PKR atau Pakatan sendiri tiada apa-apa yang perlu disembunyikan," kata Surendran ( kiri ) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam surat yang mulanya dimuat naik dalam blog Milosuam itu, MKN dikatakan menghantar surat kepada perdana menteri mengenai "Laporan Strategi Pakatan Pembangkang" yang menurutnya diperoleh daripada pintasan emel.

Sebuah yang bertarikh dalam bulan ini didakwa daripada seorang pegawai kanan MKN kepada Datuk Seri Najib Razak Razak.

Malaysiakini cuba menghubungi pegawai MKN tersebut dan Milosuam untuk ulasan bagaimanapun belum ada sebarang jawapan diberikan setakat ini. Manakala artikel itu juga tidak boleh lagi dilayari.

Sementara itu, Surendran menuntut aktiviti merisik pembangkang dihentikan segera jika benar berlaku kerana ia bukan amalan negara maju seperti United Kingdom.

"Ia tidak adil kerana pihak keselamatan dipaksa kerajaan untuk merisik pembangkang. Tugas mereka sepatutnya menjaga keamanan," katanya lagi.

ADS