'Yang dikendong mungkin berciciran' bagi Pakatan Kedah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pernah menyuarakan keyakinannya bahawa Kedah mampu menyumbang kesemua 15 kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat untuk membantu membentuk kerajaan di Putrajaya.

Tetapi dalam keghairahan itu, keputusan sebaliknya mungkin berlaku beberapa kerusi yang ditandinginya mulai goyah.

Jika strateginya tergelincir, kemungkinan besar situasinya menjadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

PaNONEda 2008, Pakatan menang 11 kerusi parlimen - PAS menang enam dan PKR menang lima kerusi, manakala BN menang empat kerusi.

Berdasarkan keputusan pilihan raya tersebut, Pakatan menang selesa di sembilan kerusi Parlimen - Padang Serai (majoriti 11,738 undi), Sungai Petani (9,381), Baling (7,613), Kuala Kedah (7,018), Pokok Sena (5,731), Kulim Bandar Baru (5,583), Pendang (4,073), Merbok (3,098) dan Jerai (2,299).

Dua lagi kerusi Parlimen dimenangi Pakatan dengan majoriti tipis - Padang Terap (369 undi) dan Sik (481 undi). Berdasarkan keputusan tersebut, kecuali Alor Setar, BN juga mengekalkan tiga lagi kerusi Parlimen dengan majoriti yang selesa.

BN mengekalkan kerusi Parlimen Jerlun dengan majoriti 2,205 undi, Langkawi (4,970), Kubang Pasu (7,060) dan mempertahankan Alor Setar dengan majoriti tipis 184 undi.

Persaingan Pakatan dan BN akan tertumpu di Parlimen Padang Terap, Sik dan Alor Star dengan kelebihan Pakatan hanya di dua kerusi pertama.

NONEBerdasar fakta di atas, para pemerhati politik berpendapat bahawa ia tidak semudah itu untuk Pakatan memenangi kesemua kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Ini, menurut mereka, Pakatan perlu berdepan dengan pelbagai isu yang timbul sepanjang pentadbiran yang diterajui PAS di Kedah, termasuk yang dikaitkan dengan pentadbiran Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tetapi berdasarkan kepada isu-isu, khususnya yang membabit pergeseran antara Azizan dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, maka Parlimen Jerai dan Kuala Kedah turut menjadi tumpuan.

Dalam PRU13, pemerhati politik berpendapat kerusi yang perlu diberi perhatian ialah tiga yang dimenangi PAS - Padang Terap, Jerai dan Sik - serta Jerlun dan Alor Setar yang dimenangi BN pada 2008.

Di Padang Terap, calon PAS Mohd Nasir Zakaria hanya menang dengan majoriti tipis 369 undi. Beliau mendapat 15,003 undi untuk menewaskan pencabarnya dari BN Datuk Paduka Ghazali Ibrahim memperolehi 14,634 undi. Kawasan itu mempunyak seamai 32,412 pengundi berdaftar pada 2008.

Isu Tasik Pedu

azlanWalaupun PAS memenangi Parlimen tersebut tetapi dua kerusi DUN di bawahnya - Kuala Nerang dan Pedu - dimenangi BN. Kuala Nerang, calon BN Syed Sobri Syed Hashim menang dengan majoriti 805 undi, manakala bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertahankan kerusi Pedu dengan
2,733 undi.

Pada masa yang sama, Nasir juga berdepan dengan isu pembalakan di kawasan Tasik Pedu, yang mengundang rasa tidak puas hati rakyat termasuk risiko bencana alam.

Kerajaan negeri mempertahankan keputusannya meluluskan aktiviti pembalakan di situ dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk projek ladang buah-buahan bagi meningkatkan pendapatan negeri.

Namun, pemerhati politik berpendapat PAS masih berdepan dengan tugas yang sukar untuk mengekalkan Parlimen Padang Terap.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna permasalahan tersebut akan memberi laluan mudah kepada BN. Ini kerana prestasi ADUN BN bagi kerusi Kuala Nerang, Syed Sobri yang sebelum ini diulit masalah kewangan dan isu bankrap.

NONESituasi yang sama berlaku di parlimen Sik yang juga dimenangi PAS dengan majoriti 481 undi. PAS juga berjaya merampas kerusi DUN Jeneri daripada BN dengan majoriti undi 167 tetapi parti itu kalah kepada calon BN di kerusi DUN Belantek dengan majoriti 252 undi.

Pemerhati politik berpendapat BN boleh mengemukakan calon yang dilihat mampu memberi kemenangan kepada parti itu di samping mengetepikan perbezaan dan tindakan mensabotaj parti seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lalu.

Bagi PAS pula, mereka perlu menyelesaikan segera isu pembalakan di Tasik Pedu bagi mengolah kepercayaan kemampuan pentadbiran kerajaan negeri dan memastikan kehendak PAS kawasan Sik yang mahu calon mereka terpilih, sekaligus membolehkan jentera kawasan digerakkan bagi kempen awal terhadap calon mereka.

Di Jerai pula, PAS perlu menjarakkan majoriti undi yang diperolehi sekalipun menang kerusi parlimen dengan majoriti 2,299 undi pada 2008 dan DUN Sungai Limau yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan majoriti 3,212 undi.

NONEWakil rakyat PAS bagi Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dilihat tidak berdepan tugas berat apabila bakal disebut-sebut mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Jika diambil majoriti selesai - 3,212 undi - yang diperolehi Azizan ketika mempertahan DUN Sungai Limau pada 2004, maka parti itu dilihat tiada masalah untuk mempertahankan kerusi itu dalam PRU13. Ia tiga kali ganda daripada majoriti yang diperolehi Azizan sebanyak 1,080 undi pada 2004.

Sungguhpun begitu, pergeseran antara Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Datuk Phahrolrazi Zawawi - yang sudah menjadi rahsia umum di negeri itu - menimbulkan spekulasi sokongan terhadap Azizan bakal goyah. Jurang perpecahan kem dalam PAS Kedah dilihat semakin melebar.

Kemelut perundangan

Dua lagi DUN dalam Parlimen Jerai - Guar Cempedak dan Gurun - kekal di tangan BN tetapi dengan majoriti yang merosot dengan banyaknya. Di Gurun, majoriti calon MCA, Dr Leong Yong Kong, merosot hingga 80 peratus daripada 7,071 (2004) kepada 1,554 (2008).

kedah umno pasBagi kerusi Guar Cempedak pula, calon BN, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail mempertahankan kerusi tersebut denga majoriti 1,759 undi - merosot hampir 50 peratus berbanding dengan majoriti 3,966 pada 2004.

Walaupun kemerosotan undi untuk BN itu dikaitkan dengan isu sabotaj ahli terhadap BN, tetapi kedua-dua kerusi itu juga tidak boleh dianggap selamat sekiranya isu calon timbul lagi dalam PRU13, dan pengaruh Pakatan, khususnya PAS, bertambah di situ, serta pertambahan pengundi baru.

Pada 2004, jumlah pengundi di Gurun ialah 21,081 pengundi dan jumlah itu meningkat kepada 22,339 orang pada 2008 - bertambah sebanyak 1,258 orang. Jika diandaikan peningkat pengundi pada 2013 juga menurut nisbah yang lebih kurang sama, ternyata kedudukan BN di DUN itu masih belum selamat.

Sementara itu, BN juga perlu berhati-hati dengan perkembangan terkini di dua kerusi parlimen - Alor Setar dan Jerlun - yang dimenangi dengan majoriti tipis dan situasi semasa yang dilihat tidak memihak kepada mereka.

azlanFaktor kedudukan kerusi parlimen Alor Setar yang dimenangi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dengan majoriti terlalu tipis 184 undi - merosot sekitar 99 peratus berbanding 2008 di mana BN menang dengan majoriti 14,515 undi. Ia juga bersempadanan dengan kerusi Parlimen yang dimenangi PAS dan PKR.

Kawasan kerusi tersebut dalam kawasan bandar yang mana pengundinya terdedah dengan maklumat politik manakala majoritinya pengundi Cina di situ dikatakan lebih selesa dengan Pakatan Rakyat.

Pada 2004 jumlah pengundi di Parlimen Alor Setar ialah 57,313 orang dan ianya meningkat 1,644 orang kepada 58,957 pada 2008. Seandainya jumlah pengundi pada 2013 meningkat sekitar nisbah yang sama, ia mungkin meningkatkan peluang Pakatan untuk merampas kerusi berkenaan.

Di Jerlun pula, BN mempertahankan kerusi parlimen dengan majoriti 2,205 undi (bertambah 63 undi daripada 2004). BN juga mempertahankan DUN Kota Siputeh dengan majoriti tipis 495 undi (merosot kira-kira 60 peratus berbanding 1,573 undi pada 2004), tetapi tewas DUN Ayer Hitam kepada PAS dengan majoriti 506 undi. Pada 2004, BN menang DUN Ayer Hitam dengan majoriti 860 undi.

NONECalon BN bagi Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Shariff dilanda kemelut perundangan apabila kes ketidakhadirannya di persidangan DUN Kedah diheret mahkamah. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - memutuskan bahawa kerusi tidak kosong dan Abu Hasan masih wakil rakyat DUN tersebut.

Perkembangan tersebut dan juga dengan mengambil kira faktor pertambahan jumlah pengundi pada 2013, kedua-dua DUN tersebut - Kota Siputeh dan Ayer Hitam - dilihat sebagai terletak di bawah kategori 'kerusi panas'.

'Nyawa' Umno'

Namun, PAS juga berdepan dengan masalah ekoran isu tindakan ahli akar umbinya di DUN Kota Siputeh menutup lima unit peti undi (UPU) parti itu. Ia mungkin sedikit sebanyak memberi 'nyawa' kepada BN untuk mempertahankan kerusi DUN dan parlimen itu dalam pilihan raya umum tersebut ekoran wujudnya rasa tidak puas hati di akar umbi PAS di situ.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 mat sabuPendang merupakan kubu kuat PAS sejak Allahyarham Fadzil Noor bertanding di kawasan itu, malah ia terkenal dengan gugusan pengajian pondok agama yang menjadi tunjang pengembangan Islam di negeri itu.

Pada 2008, PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar - 4,073 undi berbanding dengan majoriti tipis 50 undi sahaja.

Ini diperkuatkan lagi dengan ura-ura untuk meletakkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding di Parlimen tersebut atas permintaan majoriti cawangan di situ. Walaupun ada segelintir ahli dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan kerana Mat Sabu dikaitkan dengan fahaman Syiah, tetapi ia dijangka bersifat sementara.

Difahamkan penyandang sekarang, Dr Hayati Othman kali ini akan diletakkan bertanding di kerusi DUN, kemungkinan kerusi Sungai Tiang.

BN juga berupaya mengambil kesempatan merampas kerusi DUN Pengkalan Kundor - dalam parlimen Kuala Kedah - yang dimenangi Phahrolrazi ekoran ura-ura pergeseran beliau dengan Azizan sehingga tercetus spekulasi beliau mungkin dipindahkan bertanding kerusi Parlimen Jerlun yang kini diwakili Datuk Mukhriz Mahathir. Dan itu tidak persetujui oleh para penyokong Phahrolrazi.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.