Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Boo nafi letak jawatan, protes agihan kerusi
Diterbitkan:  Apr 9, 2013 1:22 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menafikan bahawa beliau meletak jawatan berkenaan sebagai bantahan ke atas dakwaan campur tangan setiausaha agung parti Lim Guan Eng berhubung agihan kerusi calon mereka di negeri itu.

Beliau bagaimanapun menyeru pemimpin parti supaya menghormati syor yang dibuat berhubung senarai calon berkenaan.

Dalam kenyataannya hair ini, Boo berkata beliau tidak berniat untuk meletak jawatan dan akan menyertai penasihat DAP Lim Kit Siang untuk merampas kerusi parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya akan datang.

Boo merupakan ADUN Skudai, salah satu kerusi dalam kawasan parlimen yang akan ditandingi Kit Siang.

Dalam satu sidang media di Skudai hari ini, Boo turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah meragui Guan Eng.

Namun, umum mengetahui bahawa Boo tidak sehaluan dengan Guan Eng dan pernah menggelar anak Kit Siang itu sebagai “penentang”.

[Baca berita penuh]

ADS