Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang calon Bebas memutuskan menghantar borang penamaan calon untuk bertanding dengan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) di DUN Changkat Jering semata-mata kerana hari ini hari lahirnya.

NONE "Saya bertanding hari ini sebab hari ini hari lahir saya," kata Zulkifli Ibrahim yang genap 60 tahun hari ini, sambil ketawa.

Anak kelahiran Kedah itu berpindah ke Changkat Jering kira-kira 30 tahun. Beliau berharap dapat menyatupadukan semua kaum di kawasannya itu.

"PAS baik, Umno pun baik. Saya tak sebelah kiri atau kanan. Umno pun boleh kumpul masyarakat Cina, India, Melayu. PAS pun sama.

"Saya tak sebelah kiri atau kanan. Saya nak satukan semua," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Taiping, Perak.

Changkat Jering akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon BN Datuk Rosli Husin.

PAS, BN tak lihat sebagai ancaman

Ini percubaan pertama Zulkifli - yang bekerja sebagai pelatih tilawah dan penceramah bebas - bertanding dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, bercakap kepada pemberita, Nizar dan Rosli tidak melihatnya sebagai ancaman.

NONE "Dia rangsang peluang kemenangan sebab dia mempunyai pengikut yang terdiri daripada orang tegar BN. Meraka akan pecahkan undi BN," Nizar ( kiri ).

"Bagi saya tak ada masalah, kerana hati pengundi dah dekat dengan kita," kata Rosli pula.

Dalam pilihan raya umum lalu calon PKR Mohd Osman Mohd Jailu menang di kerusi itu mengalahkan calon BN dengan majoriti 1,102 undi.

Beliau bagaimanapun keluar parti dan menjadi calon bebas -- langkah yang meyumbang ke arah tumbangkan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.

ADS