Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo pro-Adam kecoh di PP, ceria di KL
Diterbitkan:  May 21, 2013 10:00 AM
Dikemaskini: 4:42 PM

Dua perhimpunan nyalaan lilin diadakan masing-masing di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menyatakan kebersamaan dengan aktivis Adam Adli yang direman lima hari bawah Akta Hasutan bermula Sabtu lalu.

NONE Bagaimanapun, suasana di kedua-dua tempat amat berbeza apabila kecoh dekat Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan ceria di depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur dekat Jinjang, Kepong.

Di USM, kira-kira 30 orang yang berkumpul depan kampusnya diganggu sekumpulan individu kira-kira sepuluh orang, yang menyaksikan Penyelaras Suaram Sean Ho dan dua wartawan dikasari ketika membuat liputan.

Semuanya bermula apabila seorang lelaki bertopi keledar dan berbaju oren dengan logo 1Malaysia bertempik kepada peserta himpunan menyuruh mereka pulang atas alasan Pakatan Rakyat sudah menang di Pulau Mutiara itu.

"Jangan ganggu keamanan kami di sini," jerit lelaki itu. [Baca berita penuh]

kuala lumpur vigil for adam 200513 01 Di Kuala Lumpur ( kanan ) pula, keadaan jauh berbeza apabila keadaan seperti pesta dengan kehadiran sekurang-kurangnya 200 orang peserta pelbagai kaum.

Pelbagai kelompok masyarakat hadir, termasuk mahasiswa, kartunis, ahli politik dan kumpulan peguam.

Antara mereka Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan ayah Adam sendiri yang datang daripada Pulau Pinang sejak Sabtu lalu -- hari pertama anaknya ditahan.

ADS