Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Seramai 15 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi.

edy noor reduan aka edyes samm 505 flash mob participants arrested 2 Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan

Seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.

Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada peserta yang ditangkap.

ekhsan bukharee (right) and friend 505 flash mob participants arrested Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.

Penahanan tersebut berlaku selepas kira-kira 30 peserta 'flashmob' berkenaan menyeru orang ramai supaya turun ke himpunan membantah dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Mereka berdiri di hadapan gedung Sogo berhadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman selama kira-kira 30 minit bermula sekitar jam 2.15 petang.

Sebahagian daripada mereka memegang plakad bertulisan 'Pengerusi SPR sila letak jawatan' dan 'Mari turun 22 Jun Blackout'.

Kira-kira 30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan.

black 505 rally flash mob Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan balai ketika ini.

Seorang peguam, New Sin Yew yang tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi itu untuk menemui mereka yang ditahan polis.

Anggota polis yang berkawal di pintu masuk tidak membenarkan New masuk atas alasan beliau perlu menunggu arahan pegawai atasan sebelum dibenarkan berbuat demikian.

"Saya kenal Eddy secara peribadi dan saya di sini untuk menemui beliau," katanya.

Beliau kemudiannya dibenarkan masuk selepas bertegas mahu membuat laporan kerana dihalang mewakili mereka yang ditahan.

Sementara itu, Sin Yew berkata, semua mereka yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 10 malam tadi.

Menurutnya, mereka yang ditahan disiasat di bawah dua lagi seksyen tambahan iaitu Seksyen 4(2)(f) dan Seksyen 21(3) Akta Perhimpunan Aman - selain daripada Seksyen 9(5) akta yang sama.

Katanya, polis jelas tidak memahami konsep 'flashmob' apabila cuba menggunakan Seksyen 21(3) yang menetapkan notis sepuluh hari untuk sebarang himpunan.

"Kalau nak buat 'flashmob' kena bagi notis sepuluh hari ia dah tak jadi 'flashmob'-lah," katanya.

Beliau turut kesal dengan tindakan polis merakam gambar seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun yang ditahan bersama ibunya.

"Saya rasa tak masuk akal apabila gambar beliau dirakam pihak polis dan beliau ditangkap sewaktu berkunjung ke gedung membeli-belah untuk meninjau baju hari raya," katanya.

Beliau menggesa polis agar tidak menyiarkan gambar kanak-kanak tersebut di mana-mana media.

Sementara itu, Bernama melaporkan lima belas individu termasuk kanak-kanak lelaki 10 tahun ditahan selepas ingkar arahan bersurai dalam perhimpunan di hadapan pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara hari ini.

NONE Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13 lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak itu ditahan dalam perhimpunan bermula pukul 2 petang.

"Kita tahan mereka kerana tidak mahu bersurai bila diarahkan dan membuat gangguan awam di hadapan pusat membeli belah itu. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman," katanya.

ADS