Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bar: Waspada program undang-undang tak diiktiraf
Diterbitkan:  Jul 19, 2013 5:44 AM
Dikemaskini: 9:46 PM

Bar Malaysia mengingatkan pelajar yang berminat mendapatkan ijazah dalam bidang perundangan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan supaya berhati-hati memilih program undang-undang yang ditawarkan.

Ini kerana, menurut badan itu, terdapat program yang ditawarkan berkesudahan dengan ijazah undang-undang yang tidak diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LKPU).

"Institusi-institusi ini mungkin institusi-institusi yang bertauliah bawah Agensi Kelayakan Malaysia, tetapi sekadar pentauliahan sahaja tidak cukup untuk memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk memasuki profesion guaman," kata Yang Dipertua Bar Malaysia Christopher Leong.

Dalam kenyataannya awal pagi ini, Leong juga menyenaraikan program di lima IPT terkenal yang ijazah undang-undangnya tidak diiktiraf LKPU.

"Bar Malaysia menggesa semua individu yang ingin mendapatkan ijazah undang-undang membuat pengesahan dengan LKPU berkenaan dengan status institusi pengajian dan program undang-undang yang menjadi pilihan mereka," katanya.

ADS