Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata ada pawagam yang tidak dapat memainkan klip video Negaraku sebelum tayangan filem dimulakan kerana kelambatan menerima cakera padat (CD) daripada kementeriannya.

NONE "Saya ada terima aduan beberapa tempat (tak tayang negaraku) kerana kelambatan mereka terima CD. Ini masalah teknikal. Masih diperingkat permulaan dan akan pastikan tak ada masalah esok.

"Tapi kita akan pastikan esok dan seterusnya tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran promo kemerdekaan dan lagu negaraku sempena hari kemerdekaan di ibu negara hari ini.

Tinjauan Malaysiakini hari ini di pawagam lain yang dikunjungi, didapati masih belum menayangkan klip video lagu kebangsaan yang sepatutnya dimainkan sebelum tayangan filem bermula.

NONE Sementara itu, dalam majlis sama yang dihadiri Shaberry hari ini, tayangan filem 'The Conjuring' diadakan di GSC Pavillion selepas beliau melancarkan promosi kibar jalur gemilang di perkarangan pusat membeli-belah itu.

Sebelum filem itu ditayangkan, dua buah klip video mengenai pengorbanan pihak keselamatan negara ditunjukkan kepada penonton.

Kemudian, sebuah klip lagu Negaraku pula ditayangkan dan semua penonton berdiri serta menyanyikan lagu kebangsaan itu.

ADS