'A Samad Said jangan ingat dia besar sangat'
Diterbitkan: Sep 3, 2013 9:13 PM | Dikemas kini: Sep 4, 2013 7:52 AM
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said agar menyerah diri kepada polis susulan siasatan pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau berucap pada malam ambang kemerdekaan.
Menurutnya, semua orang termasuklah menteri sekali pun perlu memberi kerjasama kepada siasatan polis.
"Semua orang sama. Kalau kita menteri sekali pun kita lakukan kesalahan polis panggil kita pergilah.
"Siapa besar sangat A Samad Said ini?.
"Kalau orang dah panggil pergilah, ingat dia besar sangatkah dia ini," katanya sewaktu mengulas perkara itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.