Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bekas pengerusi SPR tak perlu jadi strategis politik'

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak sepatutnya meminta parti-parti politik mengeksploitasi kelemahan sistem pilihan raya, tetapi sebaliknya perlu memastikan sistem tersebut adil, kata BERSIH.

"Perkataan penting ( yang Abdul Rashid gunakan) ialah 'mengeksploitasi '. Sistem tersebut perlu adil kepada semua orang , ia tidak seharusnya menjadi persoalan mengeksploitasi kelemahan atau kekurangan," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Andrew Khoo kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

election monitoring group pemantau  bersih Khoo (kanan) berkata demikian bagi mengulas komen Abdul Rashid

bahawa parti-parti politik tidak harus menyalahkan sempadan pilihan raya atas kekalahan mereka dan sebaliknya perlu mencari strategi untuk memanfaatkan sistem tersebut.

Pakatan Rakyat telah menyalahkan amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya apabila hanya memperolehi 40 peratus daripada kerusi parlimen walaupun memenangi 51 peratus undi popular berbanding 47 peratus oleh BN.

Abdul Rashid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini memetik kekangan undang-undang, persekitaran dan keadaan alam sekitar dalam proses persempadanan semula yang kali terakhir dilakukan pada tahun 2002 dan digunakan untuk pilihan raya umum 2013.

Khoo berkata beliau tidak percaya terdapat sebarang kekangan undang-undang dalam proses persempadanan semula yang adil dan walaupun kekangan " persekitaran dan alam sekitar" dalam bentuk tekanan politik, ia tidak seharusnya menjadi pertimbangan kepada sebuah badan bebas seperti SPR.

Katanya, perkara utama bagi SPR ialah sama ada atau tidak, terdapat kesaksamaan perwakilan.

Khoo menegaskan bahawa pada hari ini, pengundi di kerusi parlimen yang besar boleh menjadi sehingga 400 peratus lebih ramai daripada di kerusi yang lebih kecil.

Beliau juga mengulangi bahawa proses persempadanan semula hanya boleh dilakukan selepas daftar pemilih telah dibersihkan dengan betul.

NONE Manakala ahli strategi politik DAP, Ong Kian Ming berkata SPR perlu

memastikan sistem pilihan raya mengikut piawaian antarabangsa dan tidak bertindak sebagai strategis politik.

Ong sebelum ini telah menegaskan bahawa dengan persempadanan kawasan pilihan raya sekarang, kerajaan persekutuan boleh dibentuk dengan hanya 20 peratus undi dengan memenangi 112 kawasan pilihan raya kecil.

Abdul Rashid dalam satu wawancara mengulasnya dengan berkata DAP sepatutnya menyesuaikan strategi mereka untuk memenangi pilihan raya itu.

[Baca berita penuh]

 

 

ADS