Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden: Tiada usaha singkir Mat Sabu dalam PAS
Diterbitkan:  Sep 15, 2013 11:26 AM
Dikemaskini: 6:52 AM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan bahawa wujud usaha dalam parti itu untuk menyisihkan timbalannya Mohamad Sabu dalam pemilihan parti pada November.

Abdul Hadi dalam laporan Sinar Harian menyebut, pertandingan di antara pemimpin dari kalangan ulama dan bukan ulama juga bukan perkara baru dalam parti.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabu "Tidak ada gerakan seperti dimaksudkan. Perkara seperti ini bukan baru dalam parti, sebelum ini pun ada pertandingan antara ulama dan bukan ulama untuk jawatan tertinggi," katanya seperti dipetik Sinar Harian .

Katanya, ketetapan Dewan Ulama PAS agar jawatan tertinggi dalam parti tersebut diisi oleh golongan ulama juga akan diputuskan oleh para perwakilan.

"Dewan Ulama adalah satu badan dalam PAS, namun keputusan kelak terserah pada perwakilan dari seluruh negara," katanya.

Abdul Hadi juga menyerahkan kepada para perwakilan untuk memutuskan sama ada jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan.

"Saya serah pada ahli untuk buat pertimbangan. Saya sendiri tidak tahu sama ada dicalonkan kelak.

"Jika ya, saya akan tunaikan amanah. Kita terikat pada perlembagaan dan jawatan ini terbuka untuk dipertandingkan," katanya lagi.

 

ADS