Sepatutnya saya yang berundur hari ini, kata Hannah Yeoh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dalam satu hantaran di Facebook berkata sepatutnya dia yang meletak jawatan berhubung isu tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.
Bagaimanapun, dia berkata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook memutuskan untuk menmikul tanggungjawab itu supaya menteri DAP lain dapat meneruskan tugas mereka dan menunaikan janji kepada rakyat.
“Sepatutnya saya yang berundur hari ini tetapi setiausaha agung saya mahu kami menunaikan segala janji kepada rakyat dan menyelesaikan kerja yang masih belum selesai.
“Akhirnya, beliau sendiri yang membayar harga tersebut,” kata Yeoh, yang menganggotai Lembaga Pengampunan atas kapasiti portfolionya.
Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam kabinet, berkuat kuasa serta-merta, hari ini, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini untuk Najib menjalani tahanan rumah.
“Keputusan ini selaras dengan pendirian yang telah saya umumkan pada Jumaat lalu, peletakan jawatan saya sebagai menteri pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.
“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini,” kata setiuasaha agung DAP itu.
Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memaklumkan tawaran Loke untuk meletakkan jawatannya dalam kabinet adalah muktamad dan perlu dihormati.
Yeoh selaku timbalan setiausaha Agung DAP, berkata keputusan itu dibuat selepas CEC mengambil kira pandangan yang dikemukakan dalam mesyuarat berkenaan.
“Keputusan akhir iaitu keputusan muktamad CEC, this is the highest decision-making body (badan pembuat keputusan tertinggi), telah membuat keputusan bahawa YB Anthony Loke menawarkan diri untuk meletak jawatan.
“Dan itu adalah keputusan CEC. Perbincangan lain saya tak nak dedahkan kerana itu adalah dalam perbincangan CEC, tetapi kita kena hormati keputusan yang CEC telah buat,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, yang berkuat kuasa serta-merta.
/file/attachments/orphans/NajibRazak2_998141.png)
Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 Nov lepas terhadap Najib, 73.
Perintah baharu itu menyaksikan Najib menjalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 sebelum perlu kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk menjalani hukuman penjara berhubung kes 1MDB.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan penghargaan kepada Loke atas sumbangannya sepanjang berkhidmat sebagai menteri pengangkutan.
/file/attachments/orphans/435453435345_267883.png)
Dia turut menyifatkan Loke sebagai seorang pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip dan pendiriannya.
“Saya mengucapkan terima kasih selama beliau sebagai anggota Jemaah Menteri. Kebetulan beliau duduk sebelah kanan saya dalam Mesyuarat Kabinet, dan kami akan kehilangan beliau dalam Kabinet.
“… dan saya mengucapkan selamat maju jaya (kepada Loke) berada di luar kabinet,” katanya kepada pemberita di Melaka, hari ini.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/05/ca051a67bdc6a07ffeb8b77fd28522aa.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.