Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lao Chiang berada di tengah hutan ketika memendengar suara Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957 yang dipancarkan melalui corong radio.

Lao yang menyertai pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaysia empat tahun sebelum itu berkata, siaran pengisytiharan kemerdekaan itu dirasakannya seperti satu pengkhianatan.

NONE“(Tunku) tidak menyebut sepatahpun mengenai gerila komunis. Kami melawan Jepun dan British, dan kini hasil kemerdekaan itu diambil oleh orang lain. Khianat,” katanya dalam bahasa Melayu.

Perkara itulah yang membuatkan beliau terus kekal dalam hutan bersama Rejimen Ke-5 sehinggalah pejanjian damai 1989.

"Beberapa hari sebelum perjanjian damai itu (setiausaha agung PKM) Chin Peng menemui kami dalam hutan berhampiran sempadan Thai dan berkata kami boleh meletak senjata tidak lama lagi.

"Pada 1989 kami masih di sana, masih dalam pakaian seragam kerana Tunku tidak bersetuju untuk membenarkan kami bebas (dalam Rundingan Baling 1955).

"Jika Chin Peng bersetuju dengan syarat Tunku, kesemua kami akan didakwa dengan satu tuduhan jenayah atau tuduhan lain. Nasib baiklah ada Chin Peng,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS