Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam Muslim: Jangan sembarangan ulas kes 'Allah'
Diterbitkan:  Oct 18, 2013 11:10 AM
Dikemaskini: 6:51 AM

Masyarakat perlu membaca dan memahami penghakiman Mahkamah Rayuah mengenai isu kalimah Allah mengikut konteksnya dan tidak membuat kenyataan sembarangan.

NONEPresiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainur Rijal Abu Bakar (kiri) berkata kenyataan yang dibuat sewenang-wenangnya boleh menimbulkan kekeliruan atau menghina mahkamah.

Keputusan Mahkamah Rayuan ini pada pandangan PPMM ialah setakat melarang Archbishop menggunakan kalimah Allah dalam The Herald, iaitu penerbitan mingguan Katolik dan tidak lebih daripada itu, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Persatuan itu juga katanya berpandangan adalah salah anggapan jika ada pihak tertentu sama ada tempatan atau antarabangsa, untuk menganggap keputusan mahkamah berkenaan merupakan larangan penuh terhadap mana-mana komuniti bukan Islam di Malaysia daripada menggunakan kalimah Allah.

"Jika dibaca dengan teliti, penghakiman itu menunjukkan semua rakyat Malaysia dibenar menggunakan kalimah Allah dalam konteks al-Quran dan rujukan Islam kepada tuhan," katanya.

Dalam keputusannya Isnin lepas, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berbahasa Melayunya untuk merujuk kepada tuhan.

- Bernama

ADS