Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Haron Din: Allah eksklusif untuk Islam
Diterbitkan:  Oct 18, 2013 1:53 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.

Beliau yang kini berada di Mekah meminta umat Islam mempertahankan kalimah itu daripada dirosakkan kumpulan tertentu dan menjadikannya asas kukuh dalam kehidupan, lapor Utusan Malaysia.

NONEKatanya, semua pihak wajib faham bahawa kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Yang Esa seperti disebut dalam surah al-Ikhlas dan bukan berbilang-bilang seperti kepercayaan Kristian.

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

Berbeza dengan pandangan Pakatan

Kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, seperti kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah) semalam.

NONEMahkamah Rayuan Isnin lalu tidak membenarkan mingguan Katolik The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan menteri dalam negeri.

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

ADS